aku semakin sibuk..melayari hari-hari terakhir sebelum dateline asgment..masa tidur dan makan bukan menjadai persoalan lagi..masa tidur jgnla dicerita..kadang-kadang satu hari cuma dapt tidur 2-3 saja..tapi, bukan itu yang aku hendak sampaikan atau kisahkan..bukan itu juga yang hendak aku tagih simpati..
ketika aku masih lagi berjaga, bersengkang mata menyiapkan asgment berkumpulan..mereka masih lagi belum melelapkan mata..masih lagi berjaga seperti aku..cuma, cuma..keadaan yang berbeza..aku bersengkang mata menyiapkan kerja untuk mereka, tetapi mereka bersengkang mata bermain game..nama sahaja pelajar universiti, tetapi perangai seperti budak sekolah..seperti kata wonder pet "apa yang penting kerjasama'.sedangkan sesebuah kerajaan yang masyur lagi gagah serta gah boleh lenyap, runtuh, jatuh dlam sekelip mata sekiranya pemerintahannya tidak lagi berkerjasama dalam melakukan sesuatu..inikan pula aku yang kecil dan tidak memiliki apa-apa selain tulang empat kerat.
*****
mereka aku boleh ibaratkan seperti 'pahat dengan penukul'..sekali cakap sekali bergerak..kalau xckp xbergerak-gerak..aku rimas..aku sakit hati..aku marah..aku menyampah..tetapi, semua itu aku pendam demi menjaga sebuah persahabatan..tetapi,ada mereka kisah..mereka tak kisah pn..walaupun begitu, aku masih bersyukur kerana bukan semua dalam ahli kumpulan aku memiliki sifat yang sama seperti mereka..masih ada lagi mereka berdua yang setia bersama diri ini bagi menyudahkan tugasan yang diberi..kepada mereka berdua yang lain itu..kalau benda seperti ini terkena dekat diri korang sendiri barulah korang rase apa yang aku rasa...nak diluah mati anak, tak diluah mati bapak...selagi aku masih boleh bersabar aku bersabar..
No comments:
Post a Comment