di suatu pagi yang indah..tiba-tiba aku terpanggil untuk ceritakan sesuatu di dalam blog ini(wah2..xpasal2 lak jiwang pagi-pagi nie..hahhahaha)..aku bukannya apa..bangun pagi buka tingkap terlihat ciptaan tuhan yang sangat indah dan sangat sempurna ciptaannya..tidak lain dan tidak bukan adalah manusia..yang dijadikan sebagai khalifahNya di muka bumi ini..manusia dijadikan untuk menjaga alam ini dan bukannya sebagai penghancur kepada alam ini...
aku sedih, aku kecewa, aku marah dan berbagai lagi perasaan yang bercampur-campur dalam lubuk hati insan kecil seperti aku ini yang tidak punya apa-apa di dunia ini. setiap hari kita dapat melihat berbagai kes-kes jenayah yang berlaku..kes rogol, kes samun, dan berbagai-bagai lagi kes jenayah yang berlaku..sebenarnya, apakah punca yang menyebabkan bilangan jenayah seperti ini semakin meningkat bilangannya dalam kalangan masyarakat kita..sampai bila lagi kejadian jenayah seperti ini harus berleluasa..
kemana hilangnya peribadi masyarakat ketimuran yang terkenal dengan sifat lemah-lembut dan kesantunan dalam diri mereka.adakah sifat-sifat ini telah hilang bersama arus kemodenan yang semakin berkembang pesat.adakah kemajuan yang dikecapi pada hari ini menjadi punca kepada masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi pada masa ini..tiada siapa yang mengetahuinya kerana ianya berpunca dari dalam diri seseorang individu tersebut..
masyarakat kita sendiri amat mudah terpengaruh dengan budaya barat yang sudah tentunya bertentangan dengan gaya hidup dan akidah kita..tetapi,budaya barat inilah yang menjadi ikutan dan sanjungan masyarakat pada hari ini.bangga sangat ke menjadi moden tetapi mempunyai akhlak yang buruk dan teruk..terlupa pula,zaman sekarang merupakan zaman kemodenan..masyarakat tidak memandang kepada akhlak tetapi memandang kepada kemewahan dan kekayaan yang dimiliki..pandangan yang seperti ini jika dibiarkan akan menjahanamkan masyarakat kita..bangunlah dari lena yang panjang..marilah kita sama-sama muhasabah diri kita..tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini..
**sekadar nukilan untuk diri sendiri...
No comments:
Post a Comment