Thursday, March 15, 2012

Berbicara mengenai cinta



Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta (kasih kepada ALLAH pasti lebih manis) dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta..

Orang yang putus cinta sering kali berair dengan air mata dan yang lebih teruk sudah tentunya apabila kita mendengar kematian disebabkan bunh diri akibat frust.



















Cinta yang tidak berbalas itu ibarat layang-layang yang putus talinya..bergerak tanpa arah tujuan.

Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia insan yang lemah hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan jodoh kita.

Soal hati tiada paksaan. Apatah lagi undang-undang.

Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, jika ia tidak berbalas, sukar untuk kita mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita  kerana adalag lebih mudah mengubah pendirian kita daripada mengubah pendirian orang lain.

Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

Cinta akan hidup bersama waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagian untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

###Putus cinta bukan bermakna pengakhiran hidup, tetapi mengubah hidup kita supaya menjadi lebih baik.

Doa putus cinta :-