Friday, November 18, 2011

Pencalonan 7 Keajaiban Alam Sekitar Dunia



1. Hutan Hujan Amazon.

Berkeluasan tujuh juta kilometer persegi meliputi sembilan buah negara dengan sabahagian hutan berada dalam negara Brazil. Negara-negara lain antaranya ialah  Peru, Colombia, Venezuela dan Ecuador.








2. Terusan Halong.

Terletak di Vietnam, terusan ini mempunyai kepanjangan 120 kilometer. Ia turut meliputi bukit-bukit dan gua selain menyimpan sebanyak 200 spesis ikan.

















3. Air Terjun Iguazu.

Terletak di sempadan negeri Parana di Brazil dan wilayah Misiones di Argentina.



4. Pulau Jeju.

Pulau gunung berapi ini terletak 130 kilometer dari laut Korea Selatan. Ia mempunyai kawasan permukaan seluas 1846 kilometer persegi manakala pusatnya ialah Hallasan, gunung tertinggi di Korea Selatan iaitu 1950 meter di atas paras laut.



5. Pulau Komodo.

Terkenal dengan spesis biawak komodo, pulau ini terletak di Kepulauan Nusa Tenggara. di pulau ini, biawak komodo hidup dan membiak dengan baik. Statistik tahun 2009 menunjukkan sebanyak 1300 ekor Komodo berada di sini.



6. Sungai bawah tanah Puerto Princesa.

Taman Negara Sungai bawah tanah Puerto Princesa terletak kira-kira 50 kilometer dari utara kota Puerto Princesa, Palawan, Filipina. Ia mempunyai sungai bawah tanah sepanjang 8.2 kilometer.















7. Gunung Table.

Gunung yang merupakan ikon Afrika Selatan ini
merupakan gunung berpuncak rata berketinggian
 kira-kira 1.086 meter dan bertahan daripada
hakisan selama enam juta tahun serta mempunyai
lebih 1470 spesis flora.