Saturday, April 30, 2011

Happy labour day..jom ushar blog nie untuk tahu asal usulnya..




Apa yang dimaksudkan dengan Hari Pekerja????




Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886.

jom baca asal usul hari pekerja ini...

Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat (proletariat ini merupakan istilah yang digunakan bagi golongan pekerja pada masa dahulu) sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.

Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.

Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.

Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.

Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.

Hari Buruh Antarabangsa juga merupakan cuti antarabangsa yang diraikan pada 1 Mei dalam memperingati kejayaan pergerakan buruh pada 1886 Mogok Haymarket di Chicago, Illinois. Negara-negara lain selain daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana bentuknya mungkin berbeza dari segi konotasi. Hari 1 Mei biasanya dirujuk sebagai dirujuk sebagai Hari Buruh. Dalam kebanyakan tempat di dunia, residen keas bekerja melawan keras untuk menjadikan Hari Mei ini suatu keranda-yang dikenali hari ini.

Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand meraikan Hari Buruh pada tarikh lain, yang mana ia bergantung kepada sejarah asal untuk meraikan bagaiman cuti bagaimana cuti berkenaan wujud pada tarikh tersebut.

Hari Mei telah lama menjadi titik fokus kepada demonstrasi oleh pelbagai kumpulan sosialisme, komunisme, dan anarkisme. Dalam abad ke-20, cuti berkenaan mendapat persetujuan daripada Kesatuan Soviet; perayaan dalam negara-negara komunis semasa era Perang Dingin sentiasa mengandungi perarakan ketenteraan dan menunjukkan rakyat biasa di dalam keadaan menyokong kerajaan.







Friday, April 29, 2011

study, ulangkaji pelajaran, mentelaah..

Lama rasanya da xupdate blog nie...maklumla..sekarang kan masing-masing busy dengan final exam kan..betul kan..hehhe..tapi, ramai yang da habis exam dan sekarang berada di rumah masing-masing...sangat-sangat jeles..hehehhee..ok la..nak cerita sedikit je..sekadar renungan untuk aku dan bersama korang semua...

sekadar hendak mengarut sebentar dan meminta pandangan korang semua..xtwla pe yang ak cakap nie..hehhehe..buntu idea waktu sibuk dengan final nie..hehehe..aku lihat rajin betul sahabat-sahabat aku study sampai lewat malam ke pagi..sampai xtidur..bagus betul mereka..barulah nampak ciri-ciri pelajar u kn..kadang-kadang aku jeles lihat mereka..aku tidak boleh macam mereka..bersengkang mata sampai ke pagi..aku pun teringin macam 2 gak..tapi, ak x boleh..yla,setiap orang 2 len2 kn cara mereka...

tapi, dalam kesibukan study 2..jangan sampai lupa tunaikan dan xbangun subuh disebabkan study ya sahabat-sahabat ku sekalian..dalam kita berusaha 2,jangan lupa pula untuk bertawakal kepadaNya..bersama-sama kita muhasabah sendiri..aku bukannya insan yang sempurna di muka bumi ini..


**sekadar coretan untuk diri sendiri..tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah kembali       kepadaNya..


Tuesday, April 19, 2011

apa yang aku rasa

di suatu pagi yang indah..tiba-tiba aku terpanggil untuk ceritakan sesuatu di dalam blog ini(wah2..xpasal2 lak jiwang pagi-pagi nie..hahhahaha)..aku bukannya apa..bangun pagi buka tingkap terlihat ciptaan tuhan yang sangat indah dan sangat sempurna ciptaannya..tidak lain dan tidak bukan adalah manusia..yang dijadikan sebagai khalifahNya di muka bumi ini..manusia dijadikan untuk menjaga alam ini dan bukannya sebagai penghancur kepada alam ini...


aku sedih, aku kecewa, aku marah dan berbagai lagi perasaan yang bercampur-campur dalam lubuk hati insan kecil seperti aku ini yang tidak punya apa-apa di dunia ini. setiap hari kita dapat melihat berbagai kes-kes jenayah yang berlaku..kes rogol, kes samun, dan berbagai-bagai lagi kes jenayah yang berlaku..sebenarnya, apakah punca yang menyebabkan bilangan jenayah seperti ini semakin meningkat bilangannya dalam kalangan masyarakat kita..sampai bila lagi kejadian jenayah seperti ini harus berleluasa..


kemana hilangnya peribadi masyarakat ketimuran yang terkenal dengan sifat lemah-lembut dan kesantunan dalam diri mereka.adakah sifat-sifat ini telah hilang bersama arus kemodenan yang semakin berkembang pesat.adakah kemajuan yang dikecapi pada hari ini menjadi punca kepada masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi pada masa ini..tiada siapa yang mengetahuinya kerana ianya berpunca dari dalam diri seseorang individu tersebut..


masyarakat kita sendiri amat mudah terpengaruh dengan budaya barat yang sudah tentunya bertentangan dengan gaya hidup dan akidah kita..tetapi,budaya barat inilah yang menjadi ikutan dan sanjungan masyarakat pada hari ini.bangga sangat ke menjadi moden tetapi mempunyai akhlak yang buruk dan teruk..terlupa pula,zaman sekarang merupakan zaman kemodenan..masyarakat tidak memandang kepada akhlak tetapi memandang kepada  kemewahan dan kekayaan yang dimiliki..pandangan yang seperti ini jika dibiarkan akan menjahanamkan masyarakat kita..bangunlah dari lena yang panjang..marilah kita sama-sama muhasabah diri kita..tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini..


**sekadar nukilan untuk diri sendiri...

Monday, April 18, 2011

aKu SuKa MeLiHaT mErEkA

dikala siang melabuhkan tirainya..dikala malam menjelmakan wajahnya..mereka masih lagi berada disitu..aku suke melihat mereka begitu..bukannya suke apa..aku suke melihat kerenah dan telatah mereka bila bersama..sungguh bahagia kelihatannya..tidak dapat aku nafikan..kadang-kadang tu aku jeles juga melihat mereka..ketawa riang, tersenyum manja..alangkah bahagia ketika itu..

tetapi,apabila aku fikir kembali...apalah makna semua itu selagi belum terjalin ikatan yang sah..alangkah manisnya  sekiranya hubungan yang suci ini terjalin dengan ikatan yang sah..alangkah bertuahnya mereka sekiranya gelak dan tawa mereka sekarang mampu membantu mereka 'di sana' nanti..di suatu tempat kepada penghujung segalanya...

Sunday, April 3, 2011

Salahkah aku atau salahkan mereka..

aku semakin sibuk..melayari hari-hari terakhir sebelum dateline asgment..masa tidur dan makan bukan menjadai persoalan lagi..masa tidur jgnla dicerita..kadang-kadang satu hari cuma dapt tidur 2-3 saja..tapi, bukan itu yang aku hendak sampaikan atau kisahkan..bukan itu juga yang hendak aku tagih simpati..

ketika aku masih lagi berjaga, bersengkang mata menyiapkan asgment berkumpulan..mereka masih lagi belum melelapkan mata..masih lagi berjaga seperti aku..cuma, cuma..keadaan yang berbeza..aku bersengkang mata menyiapkan kerja untuk mereka, tetapi mereka bersengkang mata bermain game..nama sahaja pelajar universiti, tetapi perangai seperti budak sekolah..seperti kata wonder pet "apa yang penting kerjasama'.sedangkan sesebuah kerajaan yang masyur lagi gagah serta gah boleh lenyap, runtuh, jatuh dlam sekelip mata sekiranya pemerintahannya tidak lagi berkerjasama dalam melakukan sesuatu..inikan pula aku yang kecil dan tidak memiliki apa-apa selain tulang empat kerat.

                                                                                       *****

mereka aku boleh ibaratkan seperti 'pahat dengan penukul'..sekali cakap sekali bergerak..kalau xckp xbergerak-gerak..aku rimas..aku sakit hati..aku marah..aku menyampah..tetapi, semua itu aku pendam demi menjaga sebuah persahabatan..tetapi,ada mereka kisah..mereka tak kisah pn..walaupun begitu, aku masih bersyukur kerana bukan semua dalam ahli kumpulan aku memiliki sifat yang sama seperti mereka..masih ada lagi mereka berdua yang setia bersama diri ini bagi menyudahkan tugasan yang diberi..kepada mereka berdua yang lain itu..kalau benda seperti ini terkena dekat diri korang sendiri barulah korang rase apa yang aku rasa...nak diluah mati anak, tak diluah mati bapak...selagi aku masih boleh bersabar aku bersabar..