Saturday, December 10, 2011

'pokok abadi'






- Pokok abadi itulah panggilan sinonim yang diberikan oleh penduduk di Morondava, Madagascar terhadap sebatang jalan disana yang dibarisi oleh 313 pokok gergasi yang dikenali sebagai Baobab yang tumbuh setinggi 20 meter. 

- Disebabkan usia pokok tersebut yang lama iaitu hidup semenjak 800 tahun yang lalu, pokok Baobab ini digelar 'pokok abadi' oleh penduduk tempatan.



POKOK gergasi baobab yang berbentuk seperti botol dan mempunyai dahan bercabang ini turut membawa identiti mistik tersendiri.



Adansonia yang biasa dikenali sebagai pokok baobab adalah satu genus yang mempunyai lapan spesis; 6 pokok semulajadi di Madagascar, 1 di Afrika dan 1 di Australia. Nama lainnya termasuklah boab, boaboa, bottle tree, upside-down tree dan monkey bread tree.
Pokok dari spesis ini boleh mencapai ketinggian sehingga 5 – 30 meter dan dahannya berdiameter 7 – 11 meter. Glencoe Baobab, contoh Baobab Afrika di Limpopo Province, Africa Selatan adalah merupakan pokok baobab terbesar yang masih hidup dikatakan 47 meter tingginya (154 kaki) dan purata diameternya pula 15.9 meter (52 kaki). Pokok baobab dikatakan boleh hidup beribu tahun lamanya, namun sukar untuk dibuktikan fakta ini.
Pada awal tahun 2008, peningkatan untuk memajukan baobab ; produk yang kaya dengan nutrien itu bagi bahan mentah untuk produk pengguna.
KEGUNAAN POKOK BAOBAB:
  • SEBAGAI PENYIMPAN AIR
Pokok Baobab menyimpan air dalam batang pokoknya yang kelihatan seperti membengkak itu (sehingga 120,000 liter!) untuk membantu memberi kelembapan kepada kawasan persekitarannya . Ini berlaku pada waktu musim terutama musim kering kontang dengan meluruhkan daun-daunnya.
  • MAKANAN
Daun Baobab biasanya digunakan dalam masakan sebagai sayuran di Afrika. Ianya boleh dimakan segar atau pun setelah dikeringkan; digelar kuka dan selalunya dibuat sup.
Buahnya pula berkhasiat mungkin terdapat lebih vitamin C berbanding buah limau dan dikatakan juga melebihi kandungan kalsium daripada dalam susu lembu. Isi buahnya yang dikeringkan dan telah diasingkan dari bijinya dimakan begitu sahaja atau dicampurkan ke dalam bubur nasi atau susu. Di Malawi, isi buahnya digunakan untuk membuat jus yang berkhasiat. Di Zimbabwe pula, buahnya yang digelar mawuyu itu adalah buahan tempatan dan digunakan untuk membuat krim tartar . Di sebahagian tempat di Afrika Timur pula, isi buah yang dikeringkan disaluti dengan gula (selalunya berwarna merah) dan dijual dalam bungkusan sebagai candy yang dipanggil “ubuyu”. Biji baobab kebanyakannya digunakan untuk memekatkan kuah sup tetapi ada juga yang menjadikannya bahan perap dalam masakan, atau dibakar untuk terus digunakan atau pun dikisar untuk diekstrak minyak sayuran.
Pokok Baobab juga adalah merupakan sumber fiber, dye (pewarna) dan minyak mentah. Di Tanzania, bahan dari pokok ini dicampur ke dalam air tebu bagi membantu proses penapaian untuk membuat arak. Isi buah baobab boleh disimpan lama untuk digunakan dalam proses pengeluaran minuman ringan tetapi mestilah disimpan dalam bekas kedap udara.

BUAH BAOBAB
Sebelum lampu hijau diberi oleh Kesatuan Eropah terhadap penggunaan buah baobab untuk dijadikan makanan atau bahan perasa, beberapa orang luar telah pun mengetahui nilai istimewanya.
Sebuah syarikat di Itali, Baobab Fruit Company Senegal (BFCS) telah menghasilkan rangkaian produk daripada buah baobab di Senegal sejak beberapa tahun lalu termasuk isi buah, biji dan minyak untuk dijual di Eropah sebagai makanan tambahan dan produk kosmetik.
“Bagi kami, ia adalah buah masa depan. Ia mampu memberi kesan besar di Afrika,” kata Laudana Zorzella dari BFCS di Dakar yang telah mengkaji potensi buah baobab sejak sedekad lalu. – Reuters