Saturday, March 26, 2011

earth dunia kita

aku masih lagi disini,menjalani rutin-rutin harian kehidupan ini. Semakin hari disini, semakin banyak benda aku dapat saksikan didepan mata aku sendiri. Bukan hanya omong-omong kosong. Aku bercakap berdasarkan pengamatan dan pmerhatian aku sendiri. tegurkan aku andai aku tersalah..
                                                

                                                                         *******

Hari ini seperti biasa. Menjalani rutin harian hidupku. Dalam kesibukan mengejar date line asignment, kesibukan mengejar dan menunaikan tanggungjawab kepada-Nya tidak harus dilupakan. Adakah sama apa yang aku rasa dengan orang lain rasa??

Aku bangun. Menyaksikan hujan yang turun. Rahmat dari tuhan yang tidak ternilai harganya. Adakah kita semua sedar tentang ini. Adakah kita semua mensyukuri nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikan oleh manusia ini. Masyarakat kita kenapa susah sangat untuk diajak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri mereka. Tetapi, yang aku maksudkan bukanlah semua. Segelintir sahaja.


                                                                       *******



Hari ini merupakan kempen Earth Hour. Salah satu usaha manusia bagi menyelamatkan bumi yang semakin usang ini. Tetapi, berapa ramai yang sedar dan turut melakukannya.. Disini sahaja sudah cukup aku perhatikan. Mereka bukan calang-calang orang. Pendidikan tinggi, tetapi tidak mampu untuk berfikir secara rasional. Bukan mengata atau menyindir. Sekadar meluahkan apa yang dirasa dan apa yang diperhatikan. Aku bukan bercakap kosong. Aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak..

**aku hanya insan kerdil di dunia ini...


No comments:

Post a Comment