Tuesday, January 17, 2012

Sudah tersurat...

Part 2.

'Jauh dimata, jauh dihati'. Kepada sesiapa yang sedang hangat bercinta tu janganlah buat macam ini ya. Kalau tak suka cakap dari awal-awal tak dala frust sangat macam aku. Aku nak beritahu korang. Tapi, tak tawla korang nak percaya ke tak. Lelaki hanya akan menangis untuk tiga keadaan sahaja. Pertama apabila menghadap Tuhan yang Maha Esa. Kedua apabila berhadapan dengan ibu-bapa dan yang terakhir adalah untuk wanita yang disayanginya (tetapi sayang lebih lagi terhadap PenciptaNya dan juga kedua ibu bapa). Sekuat mana pun hati seorang lelaki, pasti akan menitiskan air mata untuk seorang yang bergelar wanita yang disayanginya. Besar betul penangan wanita nie dekat aku. Dulu aku pernah cakap, tak brutal la nangis untuk wanita. Last2, barula aku rasa sendiri betapa sakitnya hati ini bila dikecewakan oleh seorang wanita.

Selepas itu, aku berjanji yang aku tidak akan mencari cinta lagi. Mungkin serik kot. Yela, frust menonggeng gak aku time tu. Tak pernah rasa sakit yang camtu. Sakit dekat luar nampak boleh tanya jumpe dr. ubat pe yang sesuai. Ubat hati dekat dalam nie. Tanya dr. pun belum tentu dr. boleh beritahu ubat yang sesuai. Betul tak.. Tiba-tiba lak aku terjiwang kan. Korang tak payah la nak cover2 cakap orang lain jiwang la apa la. Setiap orang akan ada masa di mana diri sendiri kan menjadi jiwang kan. Ishhh.. nie yang aku tak mau cakap pasal benda nie. Mesti aku akan teremosi. Yela, mana taknya. Baru gak la aku merasa kesakitan nie. Ada lagi saki baki yang belum terlunas.

Ingat tak dekat atas tadi aku cakap yang aku tidak akan mencari cinta lagi. Aku nak cinta datang dekat aku. Aku cuba kawal perasaan tak nak ada perasaan terhadap wanita buat masa ini. Tapi, tiba-tiba hati ini diketuk oleh seorang wanita. Aku tertarik melihat si gadis. Tapi, aku pun tak tahu apa yang menarik sangat dekat perempuan tu sampai berjaya ketuk pintu hati aku untuk bercinta kembali. Aku cuba berkenalan dengan dia. Tapi, aku nie pemalu. Tak adala aku nak pergi ngurat depan-depan. So, aku guna pendekatan yang gunakan 'orang dalam'..Jeng2..Apa dia tu orang dalam kan.haha..Sebenarnya aku gunakan kawan perempuan dia yang aku kenal untuk dapatkan no telefon dia. Biasalah, aku nie kan student baru dekat sini. Kawan pun tak ramai lagi. Last2..Aku dapat gak no telefon dia. Aku mesej dia. Mesej pertama yang aku anta dekat dia "Salam. Hye awk. Awak kenal saya x"..Punyala sengal aku time tu kan. Memanglah dia tak akan kenal aku. No. telefon aku pun belum tentu dia ada kan..hehee.. Aku mesej dan mesej lagi dengan dia. Lepas tu, aku mengetahui bahawa.....

No comments:

Post a Comment