Saturday, January 14, 2012

Sudah tersurat...


Part 1.


Azman..Itu adalah nama yang diberikan kepada aku. Aku.. Aku hanyalah orang kampung yang biasa. Membesar di sekolah berasrama di bandar semenjak dari tingkatan 1. Semakin besar pengaruh rakan-rakan sebaya telah banyak mempengaruhi kehidupan aku. Banyak benda-benda yang tidak bermoral aku dilakukan. Disebabkan itu, keputusan spm yang aku perolehi tidak layak untuk menyambung pelajaran. Aku amat kecewa dengan keputusan yang aku perolehi. Lebih mengecewakan, apabila emak yang sangat menaruh harapan yang tinggi terhadap aku. Aku tekad, aku pasrah.Aku ingin menebus kekecewaan yang aku perolehi semasa stpm. Mungkin masih panjang perjalanan hidup aku. Aku terima tawaran menyambung pelajaran ke Pra-u(dulu panggil stpm). Berpindah ke sekolah baru, kawan-kawan baru, kehidupan baru dan yang paling penting awek baru..hehehee... Awek ini penting agaknya. Orang cakap kalau ada awek barula ada feel nak belajar. Tapi, kalau keje main mata dalam kelas macam mana nak fokus kan. Cikgu cakap b ti aku ckp z..hahha..


Aku berpindah ke sekolah baru yang sangat asing bagi diri aku. Aku ingatkan sekolah lama aku da cukup ganas dan hardcore budak2nya. Rupa-rupanya dekat sekolah baru aku nie lagi hardcore budak-budaknya. Tapi xpe, aku xkisah..'Dulu aku pun macam itu' kata aku didalam hati. Hari ini baru hari pertama aku. Mungkin dah lama nanti aku akan jadi biasa dengan keadaan ini. Aku cuba untuk menyedapkan hati aku sendiri. Seperti biasalah, bila pindah ke sekolah baru nie mestilah nampak awek2 yang baru kita tak pernah jumpa kan. Dipanjangkan cerita, aku adalah terminat dekat sorang awek nie..terminat jek belum minat lagi..boleh ke macam itu..boleh jek la kn..layanssss..hehhee..Kebetulan lak time itu aku single. Sebenarnya tak adala single mana pun. Dulu aku masa sekolah lama adalah jugak awek. Lama kiteorg kawan.. Aku lebih suka guna istilah kawan daripada couple. Aku pun tak tawla kenapa. Mungkin lebih selesa kot.


Ha,sambung balik. Melalut pula aku nie. Bila aku pindah sekolah jek, dye mula berubah. Sebelum ini tak pernah pun kiteorang gaduh ke apa ke. Tapi, bila aku pindah 'dia' mula berubah. Daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang pemarah. Apa yang aku buat semua tak kena dekat mata dia. Kadang-kadang aku pun tak tahu apa salah aku sampai dia nak marah sangat. Lama dia xcontact aku. Sampaikan birthday aku pun dia xwish. Tak lama lepas itu, aku pun call la dia. Hari yang aku call itu rupa-rupanya hari last kiteorang kawan. Dia mintak putus dekat aku dengan alasan dia pun tak tahu apa yang tak kena dekat aku. Dia cakap dia mesti nak marah-marah kalau dengan aku. Aku redha, mungkin dia bukan wanita yang dicipta dari tulang rusuk kiri aku. Wahhh.. Frust kot aku time tu.. Mungkin aku saja yang rasa perasaan macam itu. First time aku betul-betul sayang dekat seorang wanita selain dari emak dan adik-beradik aku. Mungkin nie la yang dikatakan " Jauh dimata, jauh........."




Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. Sekadar cerita pendek tension jawab exam.. =)

3 comments:

  1. nantikan sambungannya..ad ppr exm xabs ag..hehehe

    ReplyDelete
  2. REALITY or Fantasy...cinta ngan Allah tue lebih penting :)

    ReplyDelete