Pada zaman serba canggih ini...kita dapat melihat betapa rakus manusia melapah nyawa manusia sendiri..saban hari bahkan setiap hari kita dapat melihat kes kematian dan pembunuhan terpampang di dada2 akhbar dan juga di kaca tv..Kejadian ini menunjukkan betapa runtuhnya akhlak masyarakat kita yang sangat terkenal dengan sifat kesopanan masyarakat timur..Tetapi,semua itu tidak lagi dapat kita nikmati..Suatu hari nanti,mungkin masayarakat kita tidak akan berani keluar rumah disebabkan kes kematian akibat dibunuh yang semakin meningkat..Permasalahan ini harus dikaji dan diteliti dengan sepenuhnya bagi mencari punca dan mengapa ianya berlaku...Ingatlah wahai sahabat..kita dijadikan olehNya sebagai khalifah di muka bumi bagi berkasih sayang diantara satu sama lain dan bukannya saling berbunuhan..
Disini saya selitkan beberapa artikel pembunuhan yang boleh kita dapati:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pasangansuamiisteriditemuimatidikebungetah/Article/index_html
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh, di kebun getah, Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Yam, Selangor awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Afendy berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai L. Ramasandram, 57, dan isterinya A. Bakiam, 51, ditemui orang awam pada pukul 5.40 pagi dan kemudiannya menghubungi polis.
Katanya kedua-dua mangsa adalah penoreh getah di kebun tersebut dan polis turut menemui sebuah motosikal kepunyaan mangsa di tempat kejadian.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas tanah merah, dengan kesan tetakan pada bahagian kepala dan kedua-dua tangan mangsa, kata beliau.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu.
Norel Azmi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -BERNAMA
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nakpijakpembunuhanak_/Article/index_html
login|daftar

Sertai komuniti myMetro
KUALA KANGSAR: “Ikutkan hati saya mahu memijak-mijaknya sehingga mati, tetapi sebagai umat Islam, saya percaya dia akan mendapat balasan setimpal atas perbuatan kejam ini di akhirat kelak,” kata Nisa Abdul Karim, 47, ibu kepada Nur Shafiqa Ismail, 11, yang dijumpai mati dibunuh di kawasan ladang sawit Kampung Langkor, Kati, dekat sini, semalam.
Biarpun keputusan ujian deoxyribonucleic acid (DNA) hanya akan diketahui tiga hari lagi, Nisa berkata, selain pengecaman awal melalui pakaian mangsa, naluri ibunya kuat mengatakan mayat hampir reput ditemui kelmarin adalah jasad anak bongsunya.
“Saya mengecam pakaian baju kurung berwarna putih corak bunga berwarna merah dan hijau, kain hijau dan selendang merah dipakai mangsa adalah milik ‘adik’ kerana saya yang memakaikan pakaian itu pada pagi hari sama dia dilaporkan hilang.
“Biarpun hanya ujian DNA dapat memastikan mayat itu anak saya berikutan pengecaman fizikal tidak dapat dibuat kerana sudah reput, naluri saya sebagai ibu mengatakan ia adalah adik,” katanya sebak.
Dia ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar selepas sampel darahnya diambil untuk menjalani ujian DNA bagi pengesahan identiti mayat.
“Saya berserah kepada Allah jika takdir menentukan mayat itu adalah anak saya dan reda menerimanya. Tetapi, saya tidak boleh bayangkan, kalau dapat (pembunuhnya), memang saya tidak akan maafkan. “Adik budak lagi, apa yang dia tahu,” katanya sebak sambil ditenteramkan beberapa ahli keluarga termasuk empat lagi anaknya.
Nisa berkata, hatinya hancur luluh terutama apabila membayangkan penderitaan dan kesakitan terpaksa ditanggung anak bongsunya daripada lima beradik itu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Justeru, biarpun reda dan anggap apa yang berlaku satu ujian Allah, Nisa berkata, hanya satu hukuman boleh dijatuhkan terhadap suspek iaitu gantung sampai mati.
“Hanya itu saja hukuman layak dijatuhkan kepada individu tidak berperikemanusiaan ini,” katanya. Nisa berkata, arwah yang tinggal bersama ibu saudara sebelah bekas suaminya di Kampung Talang Masjid, tidur di rumahnya di Kampung Chuar, Kati pada 10 September sebaik tiba dari Butterworth, Pulau Pinang selepas berjumpa bapa kandungnya yang bekerja sebagai pemandu lori di negeri itu.
Katanya, arwah kembali ke Kampung Talang Masjid pada petang Ahad, tetapi kira-kira jam 7.30 pagi keesokan harinya kembali ke Kampung Chuar dengan membawa jam dinding sebagai hadiah sambil meluahkan perasaan sedih dengan layanan ibu saudara yang seperti membencinya.
“Adik cakap dia membelikannya kerana rumah saya tiada jam dinding. Kedatangannya pada pagi itu mengejutkan saya dan kira-kira dua jam kemudian saya memintanya kembali ke Kampung Talang Masjid kerana dia perlu pergi ke sekolah hari itu,” katanya.
Biarpun keputusan ujian deoxyribonucleic acid (DNA) hanya akan diketahui tiga hari lagi, Nisa berkata, selain pengecaman awal melalui pakaian mangsa, naluri ibunya kuat mengatakan mayat hampir reput ditemui kelmarin adalah jasad anak bongsunya.
“Saya mengecam pakaian baju kurung berwarna putih corak bunga berwarna merah dan hijau, kain hijau dan selendang merah dipakai mangsa adalah milik ‘adik’ kerana saya yang memakaikan pakaian itu pada pagi hari sama dia dilaporkan hilang.
“Biarpun hanya ujian DNA dapat memastikan mayat itu anak saya berikutan pengecaman fizikal tidak dapat dibuat kerana sudah reput, naluri saya sebagai ibu mengatakan ia adalah adik,” katanya sebak.
Dia ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar selepas sampel darahnya diambil untuk menjalani ujian DNA bagi pengesahan identiti mayat.
“Saya berserah kepada Allah jika takdir menentukan mayat itu adalah anak saya dan reda menerimanya. Tetapi, saya tidak boleh bayangkan, kalau dapat (pembunuhnya), memang saya tidak akan maafkan. “Adik budak lagi, apa yang dia tahu,” katanya sebak sambil ditenteramkan beberapa ahli keluarga termasuk empat lagi anaknya.
Nisa berkata, hatinya hancur luluh terutama apabila membayangkan penderitaan dan kesakitan terpaksa ditanggung anak bongsunya daripada lima beradik itu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Justeru, biarpun reda dan anggap apa yang berlaku satu ujian Allah, Nisa berkata, hanya satu hukuman boleh dijatuhkan terhadap suspek iaitu gantung sampai mati.
Katanya, arwah kembali ke Kampung Talang Masjid pada petang Ahad, tetapi kira-kira jam 7.30 pagi keesokan harinya kembali ke Kampung Chuar dengan membawa jam dinding sebagai hadiah sambil meluahkan perasaan sedih dengan layanan ibu saudara yang seperti membencinya.
“Adik cakap dia membelikannya kerana rumah saya tiada jam dinding. Kedatangannya pada pagi itu mengejutkan saya dan kira-kira dua jam kemudian saya memintanya kembali ke Kampung Talang Masjid kerana dia perlu pergi ke sekolah hari itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment