Ibu..Engkaulah ratu hatiku.Ibu membesarkan kita dari dalam kandungan rahimnya lagi.Sembilan bulan diusung kemana sahaja didalam perutnya yang membesar.Kita yang bekerja hanya membawa badan sendiri sahaja sudah penat, inikan pula membawa perut yang besar.Proses melahirkan anak kedunia ini merupakan suatu ujian yang amat besar buat ibu.Ibu bertarung dengan nyawanya sendiri bagi melahirkan seorang zuriat bagi meneruskan kelangsungan ummat manusia dimuka bumi ini yang diharapkan bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti.Insyallah.Sebaik sahaja bayi dilahirkan terpancar wajah kegembiraan di wajah seorang ibu yang merasakan kepuasan apabila kandungannya selamat dilahirkan kedunia ini.Semenjak dari itu,ibu akan menatang anaknya bagai menatang minyak yang penuh.Menyediakan segala-galanya untuk anaknya supaya tidak merasakan sebarang kekurangan jika dibandingkan dengan orang lain.
Ibu.Kini telah lemah dan tidak berdaya disebabkan dimamah usia yang semakin meningkat.Tidak lagi berdaya menjaga anaknya seperti dahulu lagi.Anak-anaknya juga tidak mengharapkan jagaan dari ibunya kerana sudah bekerja dan boleh mejaga diri sendiri.Sebaliknya,ibu pula dalam keadaan yang berbeza.Ibu mengharapkan jagaan dari anak mereka kerana sudah tidak berdaya.Tetapi,anak-anak berbeza.Seperti sudah melupakan asal-usul mereka.Mereka lupa kepada ibu mereka yang bertarung nyawa dan bergolok-bergadai harta bagi melahirkan dam membesarkan mereka sehingga boleh dipanggil manusia.
Seorang anak boleh berlaku adil dan berlaku mesra terhadap masyarakat tetapi belum tentu seorang anak tersebut boleh berlaku adil dan mesra terhadap ibu mereka sendiri.Dimanakah silapnya kasih sayang seorang ibu sehingga diperlakukan sedemikian rupa oleh anak mereka sendiri.Keadaan yang lebih teruk apabila mereka membuang ibu mereka sendiri dari hidup mereka.Masyallah.Beginikah sikap seorang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh seorang ibu.Kedaan ini semakin menjadi-jadi dengan tertubuhnya lebih banyak rumah orang tua-tua di negara ini. Anak-anak dengan lebih mudah menghantar ibu mereka ke rumah jagaan orang tua-tua dengan alasan bahawa di sana ramai kawan dan jagaan yang diberikan cukup sempurna.Ibu tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa membasuh najis anak-anaknya sendiri.Tetapi,seorang anak tergamak memaki hamun ibu sendiri apabila terpaksa membersihkan najis ibu mereka,darah daging mereka sendiri. Apabila tidak tahan dengan keadaan yang sedemikian lantas jalan singkat diambil dengan menghantar ibu ke rumah orang tua-tua.Hancur luluh hati seorang ibu apabila dihantar ke tempat berkenaan.Duhai anak.Beginikah balasan yang diterima oleh seorang ibu.
Wahai insan yang bergelar anak.Ingatlah bahawa setiap perkara yang kita lakukan terhadap ibu kita akan berbalik kepada diri kita sendiri apabila mempunya anak nanti.Semoga aku dijauhkan dari bersifat demikian.Terima kasih ibu kerana membesarkan diri ini.
No comments:
Post a Comment