Saturday, May 7, 2011

Seandainya ibu masih ada...............

Hari ini 8/5/2011 bersamaan dengan hari Ahad..Hidup aku,cara hidup aku,cara berpakaian aku, semuanya telah berubah..Banyak yang telah berubah semenjak kejadian itu menimpa diriku dan dirinya. Aku seperti orang yang tiada hala tuju hidup. Hidup semata-mata diatas muka bumi ini demi untuk kedua ibu bapanya dan bukannya unutk diri sendiri. Apala maknanya hidup ini semua seandainya tanpa dirinya. Demi kebahagiaan hidup kedua ibu bapaku,aku teruskan juga hidup ini.

Semakin hari berada di bumi yang jauh dan terasing dari tempat asalku membuatkan aku terus-menerus merasakan bahawa hidup aku semakin kosong tanpa hala tuju. Sedangkan tin yang kosong jikalau diketuk akan mengeluarkan bunyi. Tetapi, hati aku,jiwa aku bukan seperti itu. Hati ku, jiwa ku.... Semuanya kosong belaka.. Aku telah kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidupku. Sesuatu yang telah meragut usia remaja ku. Sesuatu yang membuatkan aku tidak boleh menjadi seperti orang lain. Daripada seorang remaja yang membesar dengan penuh ceria dan girang berubah dalam sekelip mata disebabkan kejadian itu. Kejadian yang merubah segala-galanya dalam hidup ini.

5 tahun yang lepas pada tanggal 8/5/2006 segala-galanya bermula. Ketika itu, aku baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat SPM. Aku bersama dia sepanjang masa selepas tamat persekolahan aku. Dialah yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada diri ini. Dialah yang banyak menabur jasa terhadap setiap kejayaan yang dikecapi diri ini. Dialah yang banyak bersengkang mata menjaga diri ini semasa sakit. Pengorbananya tidak akan dapat ku balas sampai bila-bila pun. Dia terlalu bermakna dalam diri ini. Dia yang aku maksudkan ialah ibu ku. Ibu merupakan tulang belakang dalam hidup aku. Tanpa ibu,aku jatuh. Tanpa ibu, aku terperosok jauh dari dunia sebenar.

Perubahan ibu aku lihat semakin hari semakin teruk. Ibu semakin hari semakin kerap batuk. Pernah sekali aku ternampak ibu batuk darah. Ini membuatkan aku bimbang. Aku memaksa ibu ke klinik supaya pergi memeriksa tahap kesihatannya tersebut. Tetapi, ibu berdegil tidak mahu pergi dengan mengatakan bahawa batuk ibu tersebut biasa2 sahaja dan akan ok selepas minum ubat batuk. Batuk ibu tiada sebarang perubahan walaupun berbotol ubat batuk yang sudah diminum. Keadaanya malahan semakin teruk dan ini membuatkan aku berasa sangat bimbang.

Suatu pagi, aku lihat bilik ibu masih gelap. Aku ketuk bilik ibu, aku ingatkn ibu terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh. Aku ketuk tetapi tiada berjwab dari ibu. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk masuk sahaja. Sebaik pintu dibuka, aku dapati bahawa ibu masih lagi terbaring cermat di atas katil. Aku tatapi muka ibu. Muka yang penuh dengan kedut-kedut di mukanya di mamah usia yang semakin meningkat. Ku tatapi sedalam-dalamya muka ibu. Terlalu besar pengorbanan yang dilakukan oleh ibu untuk membesarkan diri ini. Terima kasih ibu kerana membesarkan diri ini. Akhirnya aku menggerakkan badan ibu dengan perlahan bagi mengejutnya unutk mengerjakan solat subuh secara berjemaah seperti kebiasaanya. Tetapi, ibu tetap tidak bangun walaupun aku telah menggerakkan badannya banyak kali. Aku semakin bimbang, aku tidak mahu perkara yang buruk menimpa ibuku. Selepas itu, aku dapati bahawa ibu sudah tidak bernafas lagi. Aku menjerit dengan sekuat hati. Aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibu sudah
meninggalkan dunia ini. Ini merupakan satu tamparan yang aamat kuat dan hebat terhadap diri ini. Baru semalam aku bergurau senda dengan ibu. Tetapi, hari ini aku sudah kehilangan insan yang amat ku sayangi dan cintai.

Keesokan hari, sekujur tubuh diri ibu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam. Aku menangis tanpa henti di sepanjang majlis perngebumian tersebut. Aku sangat2 terasa kehilangan ibu. 


Happy Mothers Day. Ditujukan kepada semua yang bergelar ibu di dunia ini. Jasa mereka sangat2 besar terhadap diri ini.

**kepada semua orang yang mengenali diri ini sila maafkn setiap kesalahan aku. Hargailah ibu kita selagi ibu kita masih berada di dunia ini. Merekalah ibu,merekalah buah hati ku. Sakit mereka sakitla aku. Dirimu sangat  bermakna dalam hidup ini. Terima Kasih Ibu kerana telah membesarkn diri ini.

4 comments: